Ibu tikam anak baru lahir direman 7 hari

Ibu tikam anak baru lahir direman 7 hari

Ibu tikam anak baru lahir direman 7 hari. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki yang maut dipercayai ditikam di Kemaman, semalam.

Ibu tikam anak baru lahir direman 7 hari

Perintah reman dikeluarkan oleh majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Wad Bersalin Hospital Kemaman setelah mendapat permohonan daripada polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tengku Eliana dilihat tiba di hospital berkenaan kira-kira 12.40 tengah hari dengan diiringi anggota polis dan difahamkan proses reman dilakukan di hospital kerana remaja itu masih menerima rawatan selepas bersalin.

Dalam kejadian itu, bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan ditemui meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi, Chukai di Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan dilaporkan berkata, polis menerima laporan daripada petugas kesihatan kira-kira jam 10 pagi berhubung kejadian itu dan sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya merampas beberapa peralatan tajam yang mempunyai kesan darah.

Semalam media melaporkan, remaja yang keciciran pelajaran sejak tiga tahun lalu itu dipercayai bersendirian di rumah ketika melahirkan anaknya.

Suspek yang belum berkahwin dipercayai merupakan mangsa rogol dan polis sudah mengenal pasti lelaki yang melakukan perbuatan berkenaan.

Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut termasuk mengesan kecederaan lain pada anggota badan.

Ahli keluarga suspek yang enggan dikenali terkejut apabila mengetahui remaja itu hamil dan melahirkan bayi kerana sudah lama tidak berjumpanya.

Baca ,

Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu

Lelaki normal nekad lamar wanita bisu tapi kena reject, akhirnya…..

Pikul beg sekolah berat saban tahun, ayah kesal tulang belakang anak bengkok 40 darjah