Ibu muda cuba nasib jual air tebu di tepi jalan berpanas sambil gendong bayi 3 bulan

Ibu muda cuba nasib jual air tebu di tepi jalan berpanas sambil gendong bayi 3 bulan

Ibu muda cuba nasib jual air tebu di tepi jalan berpanas sambil gendong bayi 3 bulan. Semalam tular gambar seorang ibu muda yang menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan. Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau, Sabah.

Ibu muda cuba nasib jual air tebu di tepi jalan berpanas sambil gendong bayi 3 bulan

Mereka akan menggiling tebu pada awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tebu tersebut dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi sebotol bersaiz 1.5liter.

Ibu muda cuba nasib jual air tebu di tepi jalan berpanas sambil gendong bayi 3 bulan

Menurut Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya.

Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!

Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi² dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar..

Semoga ramai yang terinspirasi dengan semangat ibu ini. Semoga urusan ibu ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat beliau dan keluarganya.