Ibu bunuh anak kerana enggan mereka bersedih ditinggalkan bapa

Ibu bunuh anak kerana enggan mereka bersedih ditinggalkan bapa

Ibu bunuh anak kerana enggan mereka bersedih ditinggalkan bapa. Seorang wanita di wilayah Jawa Timur mengaku bahawa dia cuba membunuh tiga anaknya kerana enggan mereka berasa sedih sepertinya, lapor portal Coconuts hari ini.

Ibu bunuh anak kerana enggan mereka bersedih ditinggalkan bapa

Suspek yang hanya dikenali sebagai KU, 35, itu dilaporkan membunuh seorang anaknya dengan dua lagi mengalami luka pada bahagian leher, rahang dan dada.

Menurut polis Daerah Tonjong, kira-kira pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) semalam, penduduk tempatan dikejutkan dengan bunyi jeritan dari rumah milik suspek.

Penduduk kemudian memecah masuk menerusi pintu hadapan rumahnya dan menemui salah seorang daripada anaknya, ARK, 7, mati dalam keadaan mempunyai kesan kelar pada leher.

Dua lagi anaknya yang masing-masing berumur 10 dan lima tahun terselamat walaupun mempunyai kesan luka pada bahagian sama.

“ARK mempunyai luka berukuran 12 sentimeter (sm) panjang dan sedalam 5 sm pada sebelah kiri lehernya. Dua lagi mangsa luka pada bahagian leher, rahang dan dada,” kata Ketua Polis Tonjong, M Yusuf.

Suspek turut dilaporkan menggunakan pisau pemotong kotak untuk mencederakan anak-anaknya.

Selepas ditahan, sebuah video yang dirakam ketika suspek berada dalam tahanan polis telah tersebar. Raut wajahnya langsung tidak menunjukkan penyesalan selain dia turut tersenyum.

“Saya ingin disayangi oleh suami tetapi dia selalu keluar bekerja. Saya sudah tidak tahan lagi ditinggalkan suami.

“Saya ingin menyelamatkan anak-anak supaya mereka tidak mengalami kesusahan dalam hidup. Mereka tidak perlu berasa sedih lagi. Mereka perlu mati supaya tidak berasa sedih seperti saya,” kata KU.

Polis bagaimanpaun belum mengumumkan sebarang dakwaan terhadap suspek yang kini menjalani pemeriksaan doktor bagi menentukan keadaan kesihatan mentalnya.