Ibu 4 anak menagih simpati ramai untuk tiket pulang ke kampung. Terbongkar kisah sebenar bila cikgu ini datang

Ibu 4 anak menagih simpati ramai untuk tiket pulang ke kampung. Terbongkar kisah sebenar bila cikgu ini datang

Perkongsian terbaru cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang aktivis masyarakat yang giat membantu golongan kurang berkemampuan sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Menerusi catatan di Facebook, cikgu Fadli berkongsi kisah seorang ibu 4 anak men4gih smpati orang ramai untuk pulang ke kampung.

” Mendapat berita seorang ibu bersama 4 anak duduk men4gih smpati orang ramai untuk tiket balik ke kampung di laluan LRT UTC Puduraya.

” Petang ini terus ke sana untuk mendapatkan kisah sebenar. Kisah anak-anak Chow Kit, mereka yang terprangkap di bandar d0sa ini kadangkala diluar pemikiran kita.

” Banyak pihak berputus asa untuk membantu golongan sebegini sebab itu jalan mereka pilih. Ditunjuk jalan keluar, mereka tetap kembali ke tempat sama.

” Namun keluarga ini aku dapat rasa perbezaan. Ada semangat baru dari ibu anak 5 ini. Dia cuma tak tahu bagaimana untuk keluar dari tempat ini.

” Anak sulung perempuan usia 13 tahun tinggal di Rumah Bonda. Di selamatkan oleh Kak Zurianty bulan 7 tahun lepas.

” Langkah pertama aku ambil ialah bawa mereka ke bilik sewa semula. Bilik yang dih4lau sejak dua bulan lepas. Barang mereka masih ada di sini.

” Anak-anak kecil itu perlu tempat tinggal. Kasihan sangat anak-anak semua cantik dan elok belaka.

” Tidak boleh lagi berada dijalanan meminta sImpati orang untuk sesuap makan. Jika ada duit lebih, dapat la sewa bilik murah untuk bermalam. Jika tidak, ke Anjung Singgah tempat glandangan tidur.

” Esoknya berputar rutin yang sama.

” Tidak boleh selamanya begini. Anak-anak makin besar, ibu makin menua.

” Dia bersetuju untuk ubah kehidupan cuma tak tahu macamana nak bermula. Dia nak sangat keluar dari kota d0sa ini, namun tiada yang nak menghretnya.

” Langkah pertama aku nak pastikan mereka ada tempat tinggal dulu untuk sementara. Langkah seterusnya aku contact Ustaz Ishak, team penjejak asnaf Baitulmal MAIWP tanya apa mereka boleh bantu.

” Ustaz Ishak dalam perjalanan ke mari saat aku menulis status ini.

” Kami akan bincang dan cari jalan, cari peluang pekerjaan baru, keluar dari kota d0sa ini agar anak-anak ini dapat kehidupan yang lebih baik.

” Namun sekiranya peluang ini pun mereka sia-siakan, aku akan berlepas tangan.

” Sama-sama kita doakan mereka dapat keluar dari ner4ka kota ini ya. Update seterusnya aku up tengah malam nanti.” akhiri Cikgu Fadli.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ada yang memberi cadangan supaya wanita terbabit dihantar pulang sahaja ke kampung ibunya.

Bagaimanapun, cikgu Fadli membalas perkara itu sudah difikirkan pihaknya namun tidak dapat dilaksanakan atas beberapa kekangan.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Sumber : https://www.dedah.site/2020/12/12/ibu-simpati/