Hypermarket Digital Peladang – Datuk Mazlan

Semasa saya di LPP, saya telah lontarkan idea untuk jadikan area hampir 3 ekar( dalam kawasan PPK JB Timur)ini sebagai Hypermarket Digital Peladang. Bahagian LPP HQ yang diberi amanah menyediakan kertas konsep adalah Dato’ Syawaludin, Pengarah LPP Johor sekarang.
Hypermarket ini dan hubungan strategiknya dengan negara jiran Singapura, bakal mengantarabangsakan pasaran produk pertanian melalui teknologi, kepakaran dan inovasi yang tentu sekali melonjakkan ruang dan peluang pemain industri sektor pertanian yang nilainya hampir 60 bilion pada waktu ini.
Meskipun saya bukan lagi Pengerusi LPP, idea ini akan terus disalurkan kepada pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri. Johor adalah salah sebuah negeri yang menonjol sebagai kuasa pertanian.
Fokus pengembelingan adalah anak muda yang memiliki berbagai kelebihan. Kejayaan negara seperti Jepun, Korea dan blok eropah, dengan memaksimumkan teknologi terkini, akan meletakkan Hypermarket Digital Peladang sebagai mercu tanda di peta dunia!
Imbas kembali idea dan impian saya bersama Pengurus Besar PPK JB Timur yang baru, Cik Nor Mazni Mansor. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar, En Khairol dan rakan rakan Ngo Pertubuhan Gerak Tani.
Datuk Mazlan Aliman
Pengerusi,
Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor
4 Dis 2020