Hishammuddin ‘malukan’ negara, panggil China ‘big brother’

Hishammuddin ‘malukan’ negara, panggil China ‘big brother’

Peranan Malaysia dalam rantau Asia perlu konsisten. Penggunaan terma yang boleh disalah tafsir akan cuma memberi tanggapan buruk kepada negara.

Meskipun hubungan antarabangsa Malaysia dan China dalam keadaan baik, tetapi beberapa isu seperti pencerobohan perairan negara tidak boleh dipandang ringan. Malaysia harus terus mengamalkan prinsip berkecuali serta tidak boleh dilihat tunduk kepada negara lain.

Kenyataan Menteri Luar Negeri yang memanggil China sebagai ‘Abang Besar’ kepada Malaysia seolah menggambarkan kita berada dalam lindungan mereka.

Bayangkan jika Kerajaan PH yang berbuat begitu, pastilah kita digelar ‘Bapa Komunis’ dan semacam lagi gelaran.

Kita mungkin boleh tersalah cakap dan sebagainya, tapi dalam situasi diplomasi seperti ini, ia tidak wajar.