Hina Ketua Menteri di media sosial, Umno Masjid Tanah lapor polis

Hina Ketua Menteri di media sosial, Umno Masjid Tanah lapor polis

Hina Ketua Menteri di media sosial, Umno Masjid Tanah lapor polis. Umno Bahagian Masjid Tanah membuat laporan polis berhubung satu hantaran dalam media sosial yang disifatkan biadab dan menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, Umno bahagian berkenaan meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuat hantaran itu kerana ia biadap dan menghina Sulaiman.

Hantaran menerusi Facebook Melaka United Fans itu dipercayai akibat tidak berpuas selepas pasukan Melaka United (MU) tersingkir daripada saingan Piala Malaysia kerana kegagalan pasukan itu melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Rosli Abdullah dan beberapa Ketua Umno cawangan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Lendu.

Sementara itu, Dayang Senandung berkata, beliau membaca hantaran berkenaan pada jam 4 petang tadi selepas ia tular dalam media sosial.

“Bahasa yang digunakan dalam hantaran itu tidak elok dan menghina Ketua Menteri dan saya difahamkan sudah ada tujuh laporan polis yang sama dibuat di kawasan lain malam tadi.

“Kalau kita marah sekalipun, janganlah gunakan bahasa yang kotor yang menjatuhkan maruah pemimpin kita,” katanya.

Sejak petang tadi, tular hantaran berkenaan dalam media sosial yang antara lain menggunakan perkataan tidak senonoh terhadap Sulaiman.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah dipadamkan dalam Facebook Melaka United Fans.