Harga barang dijangka naik 30 peratus, rakyat perlu ubah ‘gaya hidup’

Harga barang dijangka naik 30 peratus, rakyat perlu ubah ‘gaya hidup’

Harga barang dijangka naik 30 peratus, rakyat perlu ubah ‘gaya hidup’.

Harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen dalam botol yang dimansuhkan mendorong ke arah jangkaan kenaikan harga barangan sehingga 30 peratus.

Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan rakyat perlu melakukan perubahan dalam cara mereka berbelanja untuk mengelakkan ‘terkesan’ dengan kenaikan harga barang.

Harga barang dijangka naik 30 peratus, rakyat perlu ubah 'gaya hidup'

Tambah Datuk Nadzim, rakyat perlu mengubah cara hidup kepada lebih produktif bagi menghadapi krisis kenaikan harga barang dan perlu berjimat cermat untuk kelansungan hidup.

“Disebabkan kenaikan harga barangan, rakyat juga perlu me­lakukan perubahan daripada kenaikan harga 30 peratus ini. Mereka perlu bersedia dan berlapang dada menghadapinya selain mengambil langkah sepatutnya.”

“Rakyat boleh lalui kehidupan yang tidak mewah dan bersederhana. Jadi mereka perlu berjimat cermat, ubah perangai serta gaya hidup.”

“Kerajaan nak tarik subsidi, tariklah tetapi kena lihat apa hendak dibuat misalnya, ke mana arah duit subsidi tersebut. Mungkin boleh dijadikan untuk membantu rakyat supaya produktif.”

“Contohnya pemberian lesen perniagaan atau membantu asnaf yang memerlukan, perumahan kepada orang susah atau menggalakkan penanaman ja­gung.”

Kata beliau lagi, perkara ini penting untuk memastikan rakyat dapat dibantu dari segi kos sara hidup