Hangat !!! Zahid-Anwar jaling hubungan, langkah sedang diatur

Hangat !!! Zahid-Anwar jaling hubungan, langkah sedang diatur

Perikatan Nasional (PN) tampaknya bergerak terus ke hadapan. Malam semalam ketua-ketua parti gabungan dalam PN telah bermesyuarat dan bersetuju untuk membentuk majlis presiden yang disertai oleh ketua-ketua parti gabungan PN.

Mesyuarat semalam dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin yang dihadiri sama oleh presiden Pam, Abdul Hadi Awang, presiden Star, Jeffrey Kitingan, presiden SAAP Yong Teck Lee dan Faizal Azmu.

Sehubungan itu apabila mesyuarat itu tidak termasuk atau dihadiri ketua Umno ia menjelaskan hubungan antara Bersatu dan gabungan PN dengan Umno seperti tidak ada atau akan berlaku. Apakah langkah Umno seterusnya apabila mereka tidak menzahirkan keinginan untuk bersama PN?

Apakah Umno sudah membuat perkiraan baru akan menyertai gabungan lain atau pun menggagaskan satu gabungan baru? Semalam semasa berbual santau dengan Zaharin Yassin di Bigblue Tv beliau ada memberi tahu yang presiden Umno Zahid Hamidi telah mengutuskan surat kepada Anwar Ibrahim yang mana surat itu turut ditanda tangan sama oleh bekas presiden Umno Najib Razak. Ini menarik nanti akan dicungkilkan.

Berita penuh : https://www.facebook.com/mohdsayuti.omarii/posts/1424486094388799