Hangat !!! Yang salah menteri, yang derita rakyat!

Hangat !!! Yang salah menteri, yang derita rakyat!

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, kenaikan kes di Lembah Klang bukan petanda kegagalan PKPB. Sudah-sudahlah Dr Noor Hisham mengikut hawa nafsu dan tunduk kebodohan Menteri dan Perdana Menteri.

Jelas Segala apa yang berlaku ianya jelas dari salah tindak tanduk, Polisi dan SOP Kerajaan sendiri bukan Rakyat. Mengapa perlu mangsakan rakyat.
Bagi aku perlaksanaan PKPB seluruh Negara ini satu bentuk pembodohan dari Kerajaan.

Sekali lagi perlaksanaannya dilakukan secara drastik. Hari ini umum, lusa dah laksana, ramai hari ini yang kelam kabut mengambil anak dari Sekolah dan Asrama yang jauh dari tempat mereka.

Tidak pernah belajar dari kesilapan. Sudahlah perlaksanaannya dibuat tergesa gesa. Hatta tanpa dibuat sebarang bentuk pengumuman bantuan bersasar. Bagi kakitangan Kerajaan, depa seronoklah. Cutilah setahun pun gaji tetap jalan. Bagaimana dengan keluhan ramai yang aku tengok di Facebook. Mereka bakal hilang pendapatan.

Bagi aku lakukan secara berperingkat, cukuplah sekolah ditutup buat sementara, dan aktiviti Ekonomi terus hidup dikawasan Kuning, atau tempat dibawah 20 kes. Mana boleh 1 negeri depa buat PKPB. Kalau Sabah itu bukan hanya PKPB, tapi wajib PKP. Bagi negeri selain lembah Klang, cukuplah kawal pergerakan merentas daerah.

Sebagai contoh Perak. Betul semalam kes meningkat, tetapi ia hanya melibatkan Kluster Asrama dan Sekolah Agama. Dari 37 kes dilaporkan di Perak, 36 Kes berlaku di Asrama. Cukuplah PKPB di Kuala Kangsar dan Padang Rengas. Ini yang berlaku masa wujud kluster Penjara di Alor Star dan Sivagangga, bukan PKPB satu Kedah.

Aku harap pemimpin PH kena ada keberanian membantah tindakan PKPB secara semberono ini. Sepatutnya fokuskan kepada hanya melibatkan kawasan yang berlaku ledakan dan jangkitan dalam masyarakat.

Di Jepun mereka dah belajar hidup dalam persekitaran Covid-19. Malangnya di Malaysia., kerajaan senagaja nak cetuskan panik dan ketakutan rakyat. Takda keperluan pun. Bila yang gagal itu PM tebuk atap yang salah Pak Mail tebuk atap, jangan dera dan mangsakan Rakyat..

Ipohmali

Sumber : https://infonegarakini.com/yang-salah-menteri-yang-derita-rakyat/