Hangat !!! Yang Dipertua YADIM tak tau apa itu pelitup muka tiga lapis

Hangat !!! Yang Dipertua YADIM tak tau apa itu pelitup muka tiga lapis

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan masih bertanyakan “macam mana tu?” selepas seorang warganet memberitahu kelebihan memakai topeng muka kategori tiga lapisan.

Pertanyaan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu berlaku walaupun sudah setahun dunia dilanda pandemik Covid-19.

Terdahulu, Nasruddin berkongsikan gambarnya memakai pelitup berharga RM4.90 yang boleh dibasuh dan dianggap lebih menjimatkan berbanding pelitup muka pakai buang yang lazim dipakai ramai orang.

“Sementara menanti Mask YADIM, guna mask ini dulu buat sementara. Harga RM4.90 sahaja, boleh pakai basuh. (Lebih jimat dari mask pakai buang.),” katanya semalam di Facebook rasminya.

Seorang pengguna Facebook, Daud Zulkhairi kemudiannya memberitahu pelitup muka kategori tiga lapisan adalah lebih selamat diguna dalam menghalang penyebaran virus melalui pengudaraan.

“Tapi yang 3-ply lagi selamat ustaz yang orang Kementerian Kesihatan syorkan,” katanya.

Daud kemudiannya memberi penjelasan selepas Nasruddin bertanyakan, “macam mana tu?”.

“Yang macam ni ustaz.. Makin kerap pakai dan buang lagi bagus sebab virus boleh melekat di pelitup yang kita pakai tu. Buang saja terus,” katanya.

Susulan pertanyaan Nasruddin itu, orang ramai kemudiannya membanjiri ruangan komentar di media sosial bekas Ahli Parlimen Temerloh berkenaan.

Rata-rata mengetawakan pemimpin Pas bahkan ada meminta Nasruddin memadam hantaran itu.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/pelitup-muka-tiga-lapisan-nasruddin-tanya-macam-mana-tu/