Hangat !!! Umno berjaya menakutkan Muhyiddin – Mahfuz

Belanjawan 2021 tidak digambarkan sebagai keprihatinan terhadap rakyat, sebaliknya menggambarkan ketakutan seorang Perdana Menteri yang bimbang bakal kehilangan kuasa.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mahfuz Omar berkata, ini dapat disaksikan dengan tindakan kerajaan yang akhirnya meminda Belanjawan 2021 kerana khuatir tidak akan disokong Ahli-ahli Parlimen.
Menurutnya, kata dua yang diberikan Barisan Nasional (BN) berjaya menakutkan Muhyiddin sehingga beliau terpaksa akur, sedangkan pada awalnya mereka mengabaikan tuntutan dibuat pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen BN.
“Belanjawan 2021 bukan tentang jumlah wang KWSP dan lanjutan moratorium kepada rakyat. Tetapi ia berkisar tentang ketakutan politik Muhyiddin yassin yang bakal kehilangan kuasa.
“Sepatutnya, kerajaan perlu memenuhi kehendak rakyat berhubung KWSP dan moratorium yang sudah disuarakan sebelum pembentangan belanjawan lagi. Tetapi kerajaan tak prihatin dengan suara rakyat.
“Kerajaan merombak semula hanya selepas keadaan kritikal kerana Umno memberikan kata dua tidak akan menyokong kalau kerajaan tak sedia merombak dan berikan apa yang dituntut,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di Facebooknya hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerana bimbang kuasa politiknya hilang, Muhyiddin akhirnya terpaksa mngarahkan Menteri Kewangan untuk memenuhi tuntutan Ahli-ahli Parlimen.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan prihatin terhadap rakyat, tuntutan seperti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium pasti diluluskan lebih awal di Dewan Rakyat.
Justeru katanya, disebabkan ketakutan yang melampau, Belanjawan 2021 akhirnya bukan untuk rakyat, tetapi kerana bimbang wakil rakyat BN enggan menyokong sehingga merisikokan belanjawan ditolak.
Berita Penuh: