Hangat !!! Tunda sidang dun Melaka boleh melewatkan membantu rakyat

1. Tindakan Kerajaan Negeri Melaka merubah tarikh sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) yang sepatutnya berlangsung pada 9 November 2020 sehingga 11 November 2020 adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
2. Tindakan Kerajaan Negerj menunda tarikh Persidangan DUN juga dilihat tidak menepati kehendak Peraturan Mesyuarat 4(6) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka.
3. Lebih membimbangkan, Persidangan DUN kali ini Kerajaan Negeri harus membentangkan Belanjawan 2021 yang akan membincangkan urusan pengurusan dan pembangunan bagi kelangsungan kehidupan rakyat Negeri Melaka.
4. Namun yang menjadi persoalan mengapa Persidangan DUN perlu ditangguhkan selama hampir sebulan sedangkan Persidangan Dewan Rakyat (Parlimen) tetap diteruskan? Selangor adalah contoh terbaik bagaimana Persidangan boleh berlangsung ketika arahan PKPB dikeluarkan. Tatacara (SOP) boleh dirangka selaras dengan nasihat dan pandangan dari KKM.
5. Dikala rakyat kehilangan pekerjaan, ketidakmampuan membayar hutang, pendidikan terhenti, penutupan premis perniagaan, pengusaha industri kecil dan sederhana terpaksa gulung tikar, begitu juga dengan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan lalu perlunya perbincangan dan cadangan penyelesaian di dalam Persidangan DUN oleh semua ADUN.
6. Maka tuntasnya saya menggesa supaya Kerajaan Negeri mempercepatkan Persidangan DUN yang ditunda pada 9 Disember 2020 supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri dapat bersidang bagi membincangkan permasalahan rakyat disamping merangka dasar-dasar serta polisi dan inisiatif yang bersifat progresif bagi memastikan belanjawan yang bersifat membantu rakyat dikala Covid-19 dapat dibincangkan secara bersama.
Sekian, terima kasih.
Adly Zahari
ADUN Bukit Katil
Sumber : https://web.facebook.com/2164630037156785/posts/2929704060649375/?_rdc=1&_rdr