Hangat !!! Tidak guna kita cekap mengumpulkan data tetapi lemah dalam penguatkuasaan – YB Khairuddin

Hangat !!! Tidak guna kita cekap mengumpulkan data tetapi lemah dalam penguatkuasaan – YB Khairuddin

Senggarang ingin menyentuh berkenaan Pengurusan Sumber Air. Terima kasih kerana kerajaan komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat Johor.

Sekali sekala kerajaan perlu melihat kawasan saya di Mukim Minyak Beku yang masih ada tidak mendapat bekalan air bersih sejak merdeka. Hanya baru-baru ini sebahagiannya telah dapat melalui dana CSR Syarikat Bekalan Air Johor.

Sedangkan Peruntukan kerajaan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tidak diperolehi setakat ini.

Saya sedia memberi maklumat resmi kepada kerajaan dan diharap perhatian dan tindakan diambil kali ini.

Kerajaan Negeri melalui BAKAJ memperuntukkan 2.5 juta bagi menaik taraf baraj Sungai Johor. Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan:

1. Setakat mana kerajaan negeri mengkaji kesan buruk jangka panjang selepas pembinaan baraj terhadap ecosistem sungai dan juga sosioekonomi penduduk tepi sungai .

2. Sejauh mana BAKAJ berkerjasama dengan PUB untuk operasi baraj ini. Maksud Senggarang samada wujud campurtangan PUB dalam operasi baraj.

3. Adakah BAKAJ membuat pungutan suara penduduk yang terkesan sepanjang Sungai Johor dan tindakan perlu untuk memastikan kelangsungan hidup mereka dari sumber pendapatan harian yang biasanya dari sungai.

Senggarang ingin mencadangkan kerajaan supaya mewartakan “catchment area” empangan-empangan dalam negeri Johor. Kalau tidak diwartakan pencerobohan akan berlaku yang lambat laun air akan tercemar. Maka tidak bergunalah buat empangan.

Senggarang difahamkan BAKAJ juga tidak terlepas mempunyai tanggungjawab terhadap pemulihan sungai-sungai yang ada loji rawatan air. Sebagai contoh Sungai Skudai dan Sungai Tebrau. Kedua-dua sungai ini tercemar dengan agak teruk. Tidak wajar tumpuan hanya diberi kepada Sungai Johor sahaja.

Sejauh mana setakat ini BAKAJ memainkan peranan terhadap pemulihan Sungai.  Senggarang sedia maklum ada peruntukan disediakan untuk tujuan tersebut dari SAJ setiap tahun.

Adalah tidak wajar mengambil hasil air sahaja sedangkan pulihara sumber air diketepikan dan diserah jabatan lain?

Sejumlah RM700 ribu disediakan untuk sistem talian untuk memantau pencemaran sungai. Persoalannya ialah:

1. Sejauh mana digunakan untuk manfaat rakyat.

2. Sejauh mana data-data ini dikongsi bersama dengan universiti atau jabatan yang berautoriti lain untuk kajian baik pulih sungai.

Tidak guna kita cekap mengumpulkan data tetapi lemah dalam penguatkuasaan terhadap pencemar sungai. Senggarang mencadangkan hukuman yang berat dan denda yang tinggi dikenakan kepada mereka supaya menjadi pengajaran.

YB Khairuddin Abd Rahim
ADUN Senggarang

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021