Hangat !!! Tembelang muslihat politik Muhyiddin semakin pecah

Hangat !!! Tembelang muslihat politik Muhyiddin semakin pecah

Apabila merenung kewujudan koalisi atau kerjasama parti-parti politik yang bergabung dalam Perikatan Nasional (PN) sekarang, khususnya penglibatan Pas dan UMNO di samping parti-parti lain, sepasang soalan berlegar dalam otak saya.

Soalan tersebut boleh diajukan kepada semua parti politik yang diwakili dalam pemerintahan PN tetapi lebih utama kepada Pas dan UMNO kerana kedua-dua parti ini mempunyai bilangan menteri terbanyak dalam Kabinet sekarang

Soalan pertama: sejauh manakah kewujudan PN didesak oleh keperluan politik jangka pendek parti-parti dan pemimpin berkenaan? Dan kedua, sejauh manakah unsur-unsur idealisme perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air mendorong mereka untuk bekerjasama

Kita menyedari bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah ahli UMNO dan bukan pula ahli Pas pada masa ini. Tetapi kekuatan Kabinet PN lebih banyak bergantung kepada kesepakatan UMNO dan Pas, walaupun peranan Muhyiddin tidak boleh dipandang ringan.

Dalam keadaan “majoriti tipis” bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong PN, Kabinet dan keadaan politik negara boleh dikatakan tidak stabil. Oleh sebab itu, demi menjamin kestabilan politik negara, perpaduan dan kesefahaman politik parti-parti yang memerintah (koalisi PN) sekarang hendaklah dipelihara dan dipupuk.
Itulah pesan tersirat di belakang soalan yang ditanyakan di atas: bagaimanakah kita menilai dua unsur utama yang menopang kewujudan kerajaan (Kabinet) PN sekarang: iaitu “political expediency” (muslihat politik jangka pendek) dan “idealisme perjuangan” (demi bangsa, agama dan tanah air).

Berikutan itu muncul pula soalan: apakah yang telah dilakukan oleh semua pihak yang terlibat untuk memastikan agar kedua-dua unsur tersebut saling menyokong demi mewujudkan satu suasana keseimbangan dinamik yang menguntungkan komponen-komponen PN khususnya sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Saya berpendapat kedua-dua unsur tersebut sama penting, tetapi masing-masing unsur muslihat politik dan idealisme perjuangan mempunyai peranan yang berbeza dan kadar kepentingan yang berbeza, tertakluk kepada pelbagai suasana yang berbeza pula.

Dengan andaian demikian, kita juga menyedari kewujudan pihak-pihak lain yang hendak mengambil kesempatan dan mengingini supaya suasana yang tidak stabil ini berterusan hingga membawa kepada keruntuhan.

 

Sember Berita : https://permataselatan.com/gempar-tembelang-muslihat-politik-muhyiddin-semakin-pecah/