Hangat !!! Rakyat perlu keluar daripada pemikiran rasis dan keagamaan jalur keras

Hangat !!! Rakyat perlu keluar daripada pemikiran rasis dan keagamaan jalur keras

Dalam suasana Islamicpobia yg sedang berlaku skg terutama di Barat, perlu kerajaan mengambil tindakan-tindakan proaktif supaya Islam dapat difahami dari sudut yg betul oleh setiap lapisan rakyat negeri ini samaada orang Islam dan bukan Islam.

Senggarang ingin mencadangkan beberapa perkara seperti di bawah ini;

1. Menubuhkan badan pengembangan dakwah Islam yg bertujuan untuk memberi penerangan Islam terutama kepada bukan Islam bagi menghapuskan masalah salah tanggapan mereka terhadap Islam.

2. Kerajaan perlu melatih sekumpulan agamawan/ustaz sehingga mereka mahir dalam ilmu perbandingan agama bagi memudahkan pembentukan hubungan antara penganut2 pelbagai agama di negeri ini. Mereka yg dilatih ini perlu mempunyai penguasaan pelbagai bahasa sebagai persediaan untuk menerangkan Islam kepada semua pihak bagi menghapuskan sebarang salah tanggapan yg orang2 bukan Islam fahami selama ini.

3. Kerajaan negeri perlu menyediakan pusat2 mualaf bagi memberi bimbingan yg betul dan membantu mualaf yg menghadapi kesukaran setelah penghijrahan mereka. Mereka para mualaf perlu dibantu bukan secara sekadarnya, malah sehingga mereka mampu berdirkari semula.

Saya kira tidak salah sekiranya kerajaan menghantar pelajar-pelajar teologi sehingga ke Universiti Juruselam di Israel sana, di Tibet dsb demi untuk memahami ilmu sesuatu agama dengan lebih mendalam dgn tujuan untuk membina kesefahaman penganut2 agama yg beragama di negeri ini.

Rakyat Malaysia amnya dan Johor khususnya mesti keluar daripada pemikiran resis dan keagamaan jalur keras yg tidak menitikberatkan soal rahmatanlilalamin.

Sudah sampai waktunya segala masalah perlu dibincangkan secara telus. Untuk itu perlu semua lapisan rakyat dibekalkan dengan ilmu dan maklumat yg cukup dan betul.

Sebab itu perlu ada agamawan yg mahir dgn pelbagai ilmu agama2 lain sehingga mereka mampu mengalas usaha2 tersebut di atas.

YB Khairuddin Abd Rahim
Adun Senggarang

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021