Hangat !!! Politik tidak berapa segar

Hangat !!! Politik tidak berapa segar

Dalam politik apa sahaja dieksploitasi asalkan ia memuaskan hati dan orang diserang terasa dengan apa dilakukan itu. Soal ia logik atau tidak belakang kira.

Satu status dalam twitter Naib Ketua Pemuda Fadzli Shaari yang mengharap Donald Trump menang presiden US telah diniagakan begitu murah ssekali.

Kalau netizen yang mengambil tugas itu tidak mengapa kerana dalam kalangan netizen ada yang otak kemetot, gagal membaca sindiran politik, tetapi ia turut dipickup oleh sebuah portal berita lidah parti pembangkang yang seharusnya daya fikir politiknya lebih tinggi.

Apakah cara ini professional atau pun portal berkenaan juga pemikirannya lebih kurang otak netizen sahaja? Atau sememangnya ia sedang berlumba-lumba dengan protal lidah parti ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Saya yakin netizen yang marah dan mencemuh ahli Parlimen Pasir Mas itu gagal melihat “kejahatan” MP itu dengan statusnya itu.

Makanya semua orang kena mendalami ilmu politik termasuk memahami sepak terajangnya bagi mengelakkan kita juga termakan hampas tebu yang disuling oleh orang yang tidak sedar tebu dimamahnya tawar. Trims.

 

Sumber : https://www.facebook.com/mohdsayuti.omarii