Hangat !!! Pisau bunuh Surya dijumpai

Kuala Berang: Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, sudah dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, di sini, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Daud.
Katanya, senjata berkenaan dipercayai diambil oleh suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh, pada Ahad lalu.
“Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa.
“Ia dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Hulu Terengganu, malam tadi.
Selain itu, Mohd Adli berkata, hampir 20 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga suspek dan mangsa.
Dalam kejadian pada 1 November lalu, Siti Nur Surya, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada badan, di samping putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.
Mayatnya ditemukan adik perempuan arwah yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.
Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/639047/pisau-bunuh-surya-dijumpai