Hangat !!! Pisau bunuh Siti Nur Surya ditemukan di tepi lebuh raya

Hangat !!! Pisau bunuh Siti Nur Surya ditemukan di tepi lebuh raya

Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, di Kuala Berang, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Daud.

Katanya, senjata berkenaan dipercayai diambil suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh pada Ahad lepas.

“Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa.

“Ia dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di Hulu Terengganu, malam tadi.

Selain itu, Mohd Adli berkata hampir 20 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga suspek dan mangsa.

Dalam kejadian pada 1 Nov lepas, Siti Nur Surya – yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak – ditemukan mati dengan kesan tetakan pada badan, di samping putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayatnya ditemukan adik perempuan arwah yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

– Bernama

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549846