Hangat !!! PH tampilkan Adly Zahari sebagai calon PM bukan satu kesalahan

Hangat !!! PH tampilkan Adly Zahari sebagai calon PM bukan satu kesalahan

Melihat kemelut politik yang berlaku sekarang membuatkan majoriti rakyat hilang minat untuk terlibat dalam pengundian jika ia diadakan kelak.

Rakyat secara umumnya bukanlah menerima corak pentadbiran Perikatan Nasional yang dikatakan amat mirip dengan pendekatan Barisan Nasional yang telahpun ditolak majoriti rakyat sebelum ini, namun kegagalan Pakatan Harapan untuk menunjukkan kesepakatan merimaskan semua pihak.

Pembangkang juga dilihat teriakt dengan dua tokoh yang mustahil untuk didamaikan iaitu Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertembungan kedua gergasi politik ini dilihat memberi nyawa kepada Perikatan Nasional untuk terus bertapak dan menjadi kerajaan walaupun mempunyai majoriti yang amat tipis.

Persoalannya apa bakal berlaku dalam PRU yang akan datang jika pertembungan ini berterusan.

Pakatan Harapan mempunyai barisan pemimpin muda yang berkaliber. Malangnya barisan kepimpinan muda yang hebat ini seolah tenggelam kerana pertembungan ‘orang tua’ dalam pembangkang.

Keserabutan politik ini rasa saya boleh dirungkai jika rakyat menyatakan pendirian tegas kepada dua ‘veteran politik’ ini untuk memberi laluan kepada muka baharu dalam PRU yang akan datang.

Kalau sekiranya diizinkan, saya suka mencadangkan tokoh dari Melaka untuk menjadi calon Perdana Menteri rakyat dalam PRU nanti iaitu saudara Adly Zahari.

Walaupun tokoh ini hanya pernah menjadi Ketua Menteri Melaka selama hampir 22 bulan, saya dapati kesannya amat besar terhadap rakyat Melaka dan kakitangan awam di Melaka.

Nama beliau harum kerana mempunyai mutu kepimpinan yang tinggi, berdiplomasi serta mengutamakan rakyat dalam setiap polisi dan dasar yang dibuat.

Tanpa segan dan malu, saya mencadangkan PH agar memulakan langkah agar muka-muka baharu yang segar diketengahkan dalam PRU akan datang. Calon PM kegemaran saya adalah Adly Zahari.

Sumber :