Hangat !!! Perbezaan ideologi politik masih menjadi batu penghalang – Adun Mahkota

Negara kita Malaysia, sedang dilanda masalah yang besar sudah tentu Johor yang merupakan salah sebuah negeri yang menjadi tonggak kepadanya juga mengalami nasib yang sama.
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan sosial dan ekonomi rakyat. COVID-19 kini menjadi tajuk utama di setiap perbualan dan perbincangan tidak kira di kedai kopi ataupun di sidang Dewan Negeri atau Sidang Parlimen.
Berbagai-bagai pendapat, cadangan dan saranan yang diberikan oleh rakyat jelata sehingga ke Yang Dipertuan Agong. Namun adakah COVID-19 akan benar-benar ditewaskan? Mahkota yakin COVID-19 akan diatasi.
Namun persoalannya berapa banyak nyawa yang terkorban, berapa banyak perniagaan yang akan ditutup, berapa banyak pekerjaan yang akan hilang dan berapa ramai yang akan menderita sebelum kita berjaya mengatasi COVID-19 ini, tidak kita diketahui.
Menurut Statistik Tenaga Buruh pada suku ke tiga tahun ini, Sebanyak 745,000 pengangguran dan merupakan satu peningkatan.
Kita masih belum bersatu padu sepenuhnya dalam mengembleng tenaga dan fikiran dalam mengatasi masalah ini. Strategi dan pelaksanaannya tidak cukup menyakinkan rakyat terutamanya.
Perbezaan ideologi politik masih menjadi batu penghalang kepada penghasilan suatu langkah yang mampu memberi keyakinan kepada rakyat.
Sekiranya kita benar-benar mendengar rintihan rakyat yang mahukan penyelesaian maka inilah masa untuk kita membuat pembaharuan demi memastikan negeri tercinta ini berjaya mengharungi gelombang COVID-19 dengan cemerlang.
Saya yakin inilah Malaysia Baharu yang rakyat inginkan, perpaduan rentas politik demi menjaga kepentingan rakyat.
Oleh itu Mahkota berharap agar Belanjawan 2021 ini benar-benar mengambil kira pandangan semua ahli dewan yang mulia ini tanpa mengira ideologi politik dan mengutamakan rakyat.
YB Mohamad Said Jonit
Adun Mahkota
Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021