Hangat !!! Pengurusan FELDA tidak mempunyai pengalaman

Hangat !!! Pengurusan FELDA tidak mempunyai pengalaman

Kerajaan negeri perlu memastikan penduduk FELDA terus dilindungi.

Memang benar urusan FELDA merupakan agensi kerajaan pusat tetapi sebagai negeri yang mempunyai banyak tanah-tanah rancangan FELDA iaitu 180,000 hektar tanah, adalah wajar Johor memberi penekanan bagi memastikan pengurusan FELDA tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu.

Kerana jika FELDA gagal maka ia akan mengalami kerugian yang lebih teruk sekaligus mengancam pendapatan dan kehidupan peneroka-peneroka FELDA.

Mahkota telah mengkritik lantikan pengurusan FELDA dahulu yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan FELDA dan tidak memahami FELDA sebagai sebuah entiti yang unik dari segi sosioekonomi.

Isu ini bukan untuk dipolitikkan tetapi perlu diperjuangkan tidak kira mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang kerana ia melibatkan survival rakyat.

Oleh itu Mahkota berharap agar kerajaan negeri dapat memantau dan menasihati pihak pengurusan FELDA sekiranya perlu.

YB Mohamad Said Jonit
Adun Mahkota

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021