Hangat !!! Mengapa tidak bumiputera diberikan pembiayaan 100% – YB Mohd Said Jonit

Hangat !!! Mengapa tidak bumiputera diberikan pembiayaan 100% – YB Mohd Said Jonit

Menurut Rancangan Tempatan Daerah Kluang 2030 (Penggantian) yang kini dalam proses publisiti dan penyertaan awam telah menggariskan Teras Ke 3 Kluang Berdaya Huni dan Komuniti Inklusif, Kluang sebagai bandar Dormitori atau pusat perumahan untuk kawasan sekitarnya.

Sejajar dengan itu perlu lebih banyak rumah mampu milik dibuat di kawasan bandar Kluang. Buat masa ini Mahkota dapati harga rumah di Kluang agak mahal dan banyak menumpukan kepada pemilikan rumah bagi M40 dan T20.

Didalam kawasan Mahkota sendiri amat sedikit perumahan-perumahan yang benar-benar mampu dimiliki bumiputera yang menjadi majoriti B40. Untuk memiliki sebuah rumah juga bukanlah perkara yang mudah bagi bumiputera.

Biasanya lot-lot bumiputera ini dijual dengan harga yang lebih murah daripada lot antarabangsa tetapi lot antarabangsa boleh dibeli dengan tanpa deposit.

Kaedah mark up harga kos rumah membolehkan pembeli lot antarabangsa membeli rumah dengan mudah tanpa deposit. Sedangkan lot bumiputera dipantau harganya dan perlu membayar sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kos rumah.

Mengapa tidak bumiputera diberikan pembiayaan 100% ? 

Hal ini tidak mustahil dilakukan kerana pembeli/pemaju lot antarabangsa telah melakukan perkara ini.

Malah kita ketahui beberapa projek yang memberikan cash back kepada pembeli sehingga ratusan ribu. Bukan sahaja mereka tidak perlu membayar deposit tetapi mendapat wang daripada pembelian mereka.

YB Mohamad Said Jonit
Adun Mahkota

Petikan Ucapan Belanjawan Johor 2021