Hangat !!! Kerajaan PN perlu ditolak esok, tegas Tun M, Ku Li

Hangat !!! Kerajaan PN perlu ditolak esok, tegas Tun M, Ku Li

KUALA LUMPUR: Dua negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah hari ini memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang dijadualkan esok.

Dalam satu sidang media bersama hari ini, mereka berkata, dengan penolakan Bil (Rang Undang-Undang) Pembekalan itu, ia boleh diterjemahkan sebagai penolakan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan beliau lemah, dan tidak mementingkan rakyat.

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, mereka berdua mengharapkan agar Kerajaan sedia ada dapat ditolak, dan diganti dengan Kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara.

“Ada kemungkinan esok, apabila mereka mengundi untuk bacaan kali ketiga Bil itu, maka ada kemungkinan Kerajaan akan jatuh.

“Saya harap mereka yang dalam Dewan Rakyat dapat berhenti memikirkan tentang diri mereka semata-mata, tetapi mula memikirkan tentang negara. Kita lihat kerajaan ini tidak mempunyai motivasi untuk membantu rakyuat, tetapi hanya memikirkan apa yang aku dapat,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata, mereka berharap agar Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersikap jujur dan zahirkan perasaan cinta dan sayang kepada negara.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-ku-li-harap-ahliahli-dewan-rakyat-tolak-belanjawan-2021-273110