Hangat !!! Isu desakan Anwar dan sokongan 4 ahli parlimen Umno beri gambaran Muhyiddin sudah hilang majoriti

Hangat !!! Isu desakan Anwar dan sokongan 4 ahli parlimen Umno beri gambaran Muhyiddin sudah hilang majoriti

Tanpa kita sedar berlaku satu peristiwa yang begitu signifikan dalam belanjawan kali ini. Walaupun ramai melihatnya secara sepintas lalu namun ia memberi mesej betapa kerajaan pimpinan Muhyiddin sebenarnya sudah hilang majoriti sebelum belanjawan dibentangkan.

Ia berlaku apabila speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Azhar sebelum itu berpendapat bahawa perkara itu sudah diputuskan oleh ketua Whip parti semalam.

Bagaimanapun, anggota parlimen terus memberi desakan kepadanya.

Akhirnya, speaker mengalah ketika Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan agar usul dibentangkan untuk memutuskan sama ada membenarkan semua 221 anggota Parlimen masuk dalam dewan.

4 orang ahli parlimen Umno itu sebenarnya telah memberi isyarat betapa kerajaan ini begitu rapuh apabila berhadapan dengan undian. Empat orang yang bersetuju dengan Anwar walaupun dalam usul yang simple itu, namun implikasinya kerajaan PN masih dilanda badai yang bila-bila masa sahaja bakal menghasilkan ombak besar.