Hangat !!! Idea ngeri Timbalan Menteri dikecam

Hangat !!! Idea ngeri Timbalan Menteri dikecam

Orang ramai mengecam Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal gara-gara cadangan supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjadi sasaran warganet termasuk dianggap sebagai buta ekonomi.

Ruang komentar Facebook Fayhsal dibanjiri dengan kutukan sindiran antaranya meminta wang kertas yang dicetak lebih banyak itu turut dihulurkan kepada mereka.

Ramai berpendapat langkah itu akan mendatangkan kemudaratan lebih besar sekali gus menambah ketenatan menangani krisis ekonomi dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19.

“Kalau buat begitu, tidakkah nilai ringgit akan susut? Apa guna kalau ada sejuta ringgit tapi nak beli beras pun RM500,000?” bidas Shah Rizal.

Sementara itu, Muhammad Farid menyarankan Fayhsal membaca banyak buku-buku ilmiah bukannya asyik mengeluarkan surat sokongan.

Kelmarin, Fayhsal ketika bercakap di radio BFM menyarankan agar Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagih kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Katanya, langkah itu boleh dilakukan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya

Sebelum ini, Fayshal mengundang kegemparan awam apabila menyatakan beliau boleh membantu ahli Armada dengan memberikan surat sokongan apabila mempunyai jawatan dalam parti dan kerajaan.

Sedutan video ketika kempen pemilihan sayap Bersatu itu kemudiannya tular di media sosial.

Dia juga pernah mengundang kemarahan pemimpin Umno apabila mendakwa Perikatan Nasional (PN) tidak dibebani dengan isu defisit kepercayaan.

Kenyataannya itu susulan pelantikan Ketua Badan Pimpinan Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri.

Sumber berita : https://malaysiadateline.com/timbalan-menteri-dikecam-selepas-syor-cetak-lebih-banyak-wang-kertas/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook