Hangat !!! Empat suspek terlibat nahas ragut nyawa polis didakwa esok

Hangat !!! Empat suspek terlibat nahas ragut nyawa polis didakwa esok

JOHOR BAHRU – Empat suspek yang termasuk perempuan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa seorang anggota polis berpangkat konstabel akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata, mereka berhadapan pelbagai tuduhan antaranya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh dadah.

Selain itu, mereka juga berhadapan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.

“Ya, kesemua suspek itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini,

Mereka sebelum direman sejak Isnin lalu setelah ditahan dalam serbuan berasingan antara pukul 2 petang hingga 9 malam di sekitar Johor Bahru dalam pada malam kejadian.

Pada 1 November lalu, seorang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat, 20, maut selepas cedera parah pada bahagian kepala di dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi yang berlaku di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini.

Manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd. Fadhirul Musa, 32, cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi ketika mengejar penjenayah sebelum terbalik.

K! ONLINE.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2020/11/07/empat-suspek-terlibat-nahas-ragut-nyawa-polis-didakwa-esok/