Hangat !!! Demonstrasi bantah PKPD di sabah

Hangat !!! Demonstrasi bantah PKPD di sabah

Kerajaan negeri Sabah menerima kritikan hebat penduduk di dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat gagal menilai situasi semasa Covid-19 di kawasan tersebut.

Bendahari Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Lahad Datu, Mohd Azlan Shah Bustan berkata, kegagalan kerajaan negeri melihat kesukaran dihadapi penduduk di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih sejak pelaksanaan PKPD pada 13 Oktober lalu membawa kepada demonstrasi di dua lokaliti PKPD itu semalam.

Beliau berkata, pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melanjutkan pelaksanaan PKPD di kawasan perumahan itu untuk kali kedua ditentang hebat oleh penduduk di kawasan tersebut.

Semalam, ratusan penduduk di dua lokaliti PKPD itu berkumpul menuntut supaya perintah tersebut ditamatkan bagi membolehkan mereka keluar mencari nafkah.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dilapor berkata, penduduk akhirnya bersurai dengan aman tanpa berlaku kekerasan selepas pihaknya bertemu dan memberi penjelasan kepada mereka terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Azlan berkata, pelaksanaan PKPD di dua kawasan perumahan itu sudah dilanjutkan pada 27 Oktober hingga 9 November dan keputusan melanjutkan PKPD kali kedua dilihat tidak relevan kerana kes Covid-19 di kawasan itu sudah menurun.

Katanya, penduduk berdepan kesukaran untuk keluar bekerja apabila kawasan terbabit diletakkan di bawah PKPD.

“Tempoh empat minggu sudah cukup lama untuk mereka berkurung dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Mohd Azlan turut mempertikaikan kelewatan tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut.

“Kenapa setelah pengumuman melanjutkan PKPD dibuat, baru kerajaan negeri mahu menilai keadaan di dua lokaliti itu? Kenapa kerajaan tidak terfikir untuk menilai situasi kes Covid-19 di situ sebelum keputusan lanjutan dibuat?

“Adakah kerajaan sedang tidur dikala penduduk di kawasan perumahan ini berada dalam kebingungan akibat lanjutan PKPD,” soalnya.

Malah, tegasnya, jika dilihat statistik terkini kes positif di Lahad Datu sudah menjadi dua angka.

Hanya 39 kes dilaporkan pada 7 November, tambahnya lagi.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/demonstrasi-bantah-pkpd-warisan-anggap-kerajaan-negeri-sabah-sedang-tidur/