Hangat !!! Bekas pemimpin PAS Nasharudin dilepas tanpa bebas 16 tuduhan pecah amanah

PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 16 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) ketika beliau menjadi pengerusi Yayasan Nassar.
Bagaimanapun, beliau akan dibicarakan atas 17 pertuduhan CBT dan pengubahan wang membabitkan RM3.65 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh membenarkan DNAA pada 22 Sept lalu, selepas pihak pendakwaan memaklumkan beliau, Jabatan Peguam Negara sudah menerima sebahagian representasi daripada peguam tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zaki Salleh, yang mengendalikan pendakwaan, mengesahkan DNAA itu.
DNAA itu masih memberi bidang kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memfailkan semula tuduhan kemudian, jika mereka dapat mengumpul bukti untuk membuktikan kes mereka.
Enam belas pertuduhan CBT itu membabitkan penerimaan tidak jujur RM321,273.80 sebagai gaji kerana menjadi pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.
Zaki berkata, tambahan 17 tuduhan CBT dan 3 tuduhan pengubahan wang terhadap tertuduh akan diteruskan. Pengurusan kes dijadualkan 20 Nov ini untuk menetapkan tarikh perbicaraan.
Pada 19 Okt 2019, bekas ahli Parlimen Yan dan Bachok itu berdepan 33 pertuduhan pengubahan wang dan CBT berjumlah RM4 juta.
Tiga daripada pertuduhan itu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram berjumlah untuk pengubahan wang berjumlah RM302,069.60.
Baki 30 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana CBT membabitkan RM3,721,683.80 antara 2015 dan 2018.
Nasharudin ialah timbalan presiden PAS dari 2005 hingga 2013. Beliau dipecat kerana mengkritik parti itu dan tidak menghadiri mesyuarat.
Beliau menjadi rapat dengan Najib Razak sebelum PAS dan Umno menjalin kerjasama politik, dan pernah menemani bekas perdana menteri itu dalam lawatannya ke Gaza di Palestin.
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/05/bekas-pemimpin-pas-nasharudin-dilepas-tanpa-bebas-atas-16-tuduhan-pecah-amanah/