Hangat !!! AMK Kelantan Nasihat PAS Utamakan Kebajikan Rakyat, Bukan Naikkan Gaji Sendiri

Hangat !!! AMK Kelantan Nasihat PAS Utamakan Kebajikan Rakyat, Bukan Naikkan Gaji Sendiri

Angkatan Muka Keadilan (AMK) Kelantan mendesak kerajaan Negeri Kelantan untuk mengutamakan masalah yang ditimpa rakyat negeri itu, bukannya menaikkan gaji wakil rakyat mereka.

Ketua AMK Kelantan, Muhd Hafiz Muhd Kasasi mendakwa langkah tersebut sebagai mencari kesempatan, sedangkan rakyat Kelantan berdepan pelbagai isu seperti kos sara hidu, permasalahan sampah-sarap dan isu perkhidmatan bekalan air bersih.

“AMK Kelantan ingin mengajak rakyat Kelantan khususnya menilai sendiri wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya selama ini akan perangai dan tingkah laku mereka yang sentiasa mencari serta mengambil kesempatan dalam tempoh memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

“Ini bagi memastikan pada pilihan raya yang akan datang anda semua dapat membuat pemilihan yang tepat demi kelangsungan rakyat Kelantan itu sendiri,” Kata Hafiz.

Beliau juga meminta kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan masa panjang dengan mewujudkan peluang pekerjaan di negeri Kelantan dan menyegerakan bantuan sara hidup kepada rakyat dalam mendepani covid19.

Sember : https://terengganufokus.com/amk-kelantan-nasihat-pas-utamakan-kebajikan-rakyat-bukan-naikkan-gaji-sendiri/