Hampir sebulan gugur AJK PAS, Khairuddin ‘dipancung’ lagi

Hampir sebulan gugur AJK PAS, Khairuddin ‘dipancung’ lagi. Bekas menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuatkuasa semalam, tidak sampai sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, keputusan pengguguran jawatan Khairuddin itu dibuat dalam mesyuarat parti berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.
“Oleh kerana pelantikan beliau (Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat, maka PAS Pusat membatalkan pelantikan itu.
“(Beliau) tak jadi ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Abdul Hadi berkata, Khairuddin kini adalah ahli biasa parti dan PAS akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Terdahulu, pada 14 Jan lepas Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.
Sumber | FMT
Baca juga
- ‘Minat’ gadis sama, pelajar retak kepala dibalun senior
- Benarkah Najib masih memiliki sifat malu?
- Salahuddin ulangi pendirian gesa Speaker bahas isu saham Azam Baki di Parlimen
- “Peniaga dari neraka” – Netizen berang lihat taktik penjual tak jujur, ‘stanby seafood’ lama bawah meja
- Najib diberi 14 hari bagi dedahkan AS$681 juta aset 1MDB – Mahkamah
- Pilu! Enam hari bertarung nyawa, kanak-kanak 2 tahun lemas dalam parit meninggal dunia