Hakim saran AJK masjid mandikan remaja seperti jenazah mohon maaf secara terbuka

Hakim saran AJK masjid mandikan remaja seperti jenazah mohon maaf secara terbuka

Hakim Mahkamah Tinggi Abd Halim Aman menyarankan ahli jawatan kuasa (AJK) masjid terbabit kontroversi memandikan remaja seperti jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid, memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat umum.

Beliau berkata, itu adalah satu daripada dua saranan dibuat olehnya supaya kes itu menjadi pengajaran dan menjernihkan keadaan antara semua pihak.

Selain itu, Halim juga menyarankan pihak yang merakam video terbabit dan menyebarkannya sehingga tular juga memohon maaf.

“Ini bukan satu perintah, tetapi hanyalah satu saranan,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL