Hajat hati nak buat kelainan, pengantin ‘photoshoot’ dalam air undang tawa netizen

Hajat hati nak buat kelainan, pengantin ‘photoshoot’ dalam air undang tawa netizen. Lain yang dirancang, lain yang jadi. Hasrat seorang pengantin perempuan ingin membuat ‘kelainan’ dengan membuat penggambaran ‘underwater’ bertukar lawak apabila semua ‘posing’ dikenakan membuatkan netizen gelak tak kering gusi.
Menerusi perkongsian @eyrafadz, dia memuat naik video belakang tabir menunjukkan dirinya yang lengkap berbusana pengantin sedang menjalani ‘photoshoot underwater’ seperti yang diidamkan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang teringin melihat hasil dari photoshoot berkenaan yang pastinya cantik jika dilihat dari keunikan tempat dan cara mengambil gambar.
Namun begitu, tatkala Eyra memuat naik video hasil seperti mana yang diminta netizen, ternyata video yang dimuat naik mengundang tawa ramai hingga ada yang sakit perut melihat ‘posing’ yang dikenakan wanita ini.
Malahan, ramai yang berseloroh Eyra kelihatan seperti seseorang yang sedang lemas di tengah lautan di samping kesilapan jurugambar yang ‘tersilap angle’ mengambil gambar.
Akui kelemahan diri dalam ‘posing’, wanita ini tidak mengambil hati atas segala kecaman dan ‘teguran membina’ dari netizen yang disifatkan cuma sekadar gurauan. Malahan, sikap Eyra yang bersahaja turut menggelar diri sendiri sotong membuatkan lebih ramai tertarik dengan perkongsian hasil ‘photoshoot’ yang dilakukan.
Malahan, ramai yang berseloroh wanita ini pasti menyesal dengan keputusan yang diambil sepanjang hayatnya.