Guru kimia, suami maut digilis bas ketika selamatkan beg dari diragut

Guru kimia, suami maut digilis bas ketika selamatkan beg dari diragut

Guru kimia, suami maut digilis bas ketika selamatkan beg dari diragut.

Nasib malang menimpa pasangan suami isteri selepas maut digilis bas ketika berusaha menyelamatkan beg tangan daripada diragut di Surabaya, Jawa Timur.

Lapor Kompas.com, adik mangsa, Muhammad Nor Fathoni, 40, berkata, abangnya, Agus Turmudhi, 44 dan isterinya, Qomariyatus Saada, 42, terjatuh dan dilanggar bas semasa kejadian itu.

Guru kimia, suami maut digilis bas ketika selamatkan beg dari diragut

SUASANA rumah mangsa yang maut akibat diragut di Surabaya.

Katanya, kakak iparnya adalah seorang guru kimia di sebuah sekolah menenagah dan pemergian mereka berdua adalah kehilangan besar dalam keluarga.

“Saya berharap hukuman berat dijatuhkan kepada peragut yang menyebabkan abang dan kakak ipar saya terjatuh sebelum digilis bas dan meninggal dunia.

“Semoga pelaku mendapat hukuman setimpal atas perbuatan yang dilakukannya,” katanya.

Fathoni berharap apa yang dialami oleh abangnya tidak berulang kembali di kemudian hari.

Difahamkan, mangsa mempunyai dua anak yang yang masih bersekolah.