Gugurkan sekarang!!! Tak ‘ready’ jadi ayah, suami ugut cerai dapat tahu isteri hamil lagi

Gugurkan sekarang!!! Tak ‘ready’ jadi ayah, suami ugut cerai dapat tahu isteri hamil lagi

Gugurkan sekarang!!! Tak ‘ready’ jadi ayah, suami ugut cerai dapat tahu isteri hamil lagi. Setiap pasangan yang berkahwin tentunya menginginkan cahaya mata sebagai lambang kasih sayang dan penguat cinta mereka.

Namun berbeza bagi pasangan ini, apabila suami langsung tidak gembira menerima perkhabaran isteri yang hamil, siap mengugut untuk menceraikannya!.

Perkongsian di Tiktok meraih perhatian ramai apabila dia menceritakan kisah suaminya yang tidak mahu menerima anak kedua mereka dengan alasan tidak bersedia menjadi bapa.

Kecewa bercampur marah, wanita ini turut bercerita suaminya mengugut akan menceraikannya jika dia berniat untuk melahirkan anak mereka ke dunia.

Difahamkan, suaminya tidak rela kerana anak sulung mereka baru berusia 8 bulan, masih terlalu awal untuk menimang cahaya mata kedua.

Tragik, wanita ini akhirnya membuat keputusan untuk menggugurkan kandungannya selepas suami nekad untuk berpisah. Malahan. wanita ini turut berkata, dia tidak mampu untuk menjaga 2 bayi yang masih kecil seorang diri sekiranya suami benar-benar menceraikannya.

 

Turut baca