GPS mula ubah nada, kini serah pada Agong untuk lantik PM

GPS mula ubah nada, kini serah pada Agong untuk lantik PM

GPS mula ubah nada, kini serah pada Agong untuk lantik PM. Terserah pada Agong untuk lantik PM, kata Abang Jo. Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, GPS menyerahkan pelantikan perdana menteri baharu untuk mengetuai kerajaan persekutuan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak hari ini.

Terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi masa kepada pemimpin parti dan gabungan sehingga 2 petang hari ini untuk mencadangkan calon perdana menteri masing-masing.

Gabungan itu turut menegaskan bahawa penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa ia mendapat sokongan 112 Ahli Parlimen – majoriti mudah untuk membentuk kerajaan – dan mendakwa ia telah menyerahkan 112 akuan berkanun kepada Agong.

Semalam Abang Johari dilaporkan berkata, GPS akan membentuk kerajaan persekutuan dengan PN, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungannya tidak pernah berunding dengan GPS mahupun PN mengenai perkara itu.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengesahkan PH dan BN sedang berunding untuk membentuk kerajaan pusat bersama.

Menurut Presiden MIC SA Vigneswaran, BN masih mempertimbangkan sama ada untuk membentuk kerajaan dengan PH atau PN.

GPS mula ubah nada, kini serah pada Agong untuk lantik PM