Gesa rakyat pakai pelitup muka cop SIRIM dipersoal

Gesa rakyat pakai pelitup muka cop SIRIM dipersoal

Kenyataan kerajaan menyuruh rakyat memakai mask yang mempunyai cop SIRIM bermula tahun depan ini bersifat ‘business as usual’ apabila ia dilihat akan menjadi alasan dan penyebab kepada kenaikan harga pelitup muka di pasaran.

Ini sudah tentu menimbulkan sedikit kegusaran memandangkan pelitup muka pada ketika ini adalah keperluan harian bagi setiap individu. kata Salahuddin Ayub ahli Parlimen Pulai.

Turut baca

Jelas Salahuddin, beliau sangat memahami bahawa antara tujuan lainnya inisiatif ini hendak dijalankan adalah sebagai langkah memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dikeluarkan oleh pengilang dan pembekal memenuhi standard dan kualiti sebagaimana yang sepatutnya. Namun, mengapa sekarang tatkala negara menuju endemik?

Ia secara tidak langsung akan meningkatkan kos kepada pembekal dan kesannya pada pembeli kerana menanggung kos yang agak tinggi apabila harga siling dikenakan yang mana akan menjadi lagi satu bebanan buat rakyat.

 

Tonton juga