Gerun tengok abam bomba tarik ular buat netizen trauma nak masuk tandas

Gerun tengok abam bomba tarik ular buat netizen trauma nak masuk tandas

Gerun tengok abam bomba tarik ular buat netizen trauma nak masuk tandas. Tidak dinafikan, terkadang kita ada merasa agak takut dan berjaga-jaga saat masuk ke dalam tandas.

Gerun tengok abam bomba tarik ular buat netizen trauma nak masuk tandas

Bukan apa, risau bakal ‘bertemu’ dengan sesuatu dalam lubang tandas, yang sering menjadi ketakutan dan ‘overthinking’ rata-rata individu.

Namun, menerusi satu posting di Tiktok ini, ketakutan akhirnya menjadi nyata! Seekor ular besar telah didapati ‘menetap’ di dalam lubang tandas seseorang!.

Ramai trauma apabila melihat ular besar tersebut di dalam tempat yang selama ini kita takuti.

Dalam video, lelaki ini telah memanggil pasukan bomba untuk menarik keluar ular berkenaan dan proses dilihat agak sukar memandangkan kulitnya yang berlendir.

Netizen terkejut dan mengucap panjang melihat keberadaan haiwan reptilia tersebut di tandas berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan pantas pasukan bomba yang sering membantu menyelesaikan masalah yang timbul, dengan jayanya.