Geng kartel monopoli tender kerajaan, kepung harga guna nama lain

Geng kartel monopoli tender kerajaan, kepung harga guna nama lain

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berpendapat kelemahan yang ada pada masa ini menyebabkan kumpulan kartel yang memonopoli tender kerajaan dapat membuat kepungan harga dan menggunakan nama lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Timbalan Presiden AMANAH itu berkata, kepungan terhadap tender kerajaan itu juga boleh berlaku apabila wujud campur tangan segelintir pegawai atasan yang tidak beretika memberi ‘wahyu’ untuk memastikan individu tertentu memperoleh kontrak tersebut.

“Ini tidak mustahil kerana kebanyakan tender-tender kerajaan yang bernilai tinggi di urus tadbir pegawai berpangkat tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, tidak dapat dibayangkan apa yang boleh berlaku jika sindiket tersebut mempunyai jaringan di luar negara yang ingin mengekploitasi institusi kerajaan.

Sehubungan itu, Salahuddin menggesa kerajaan mengkaji penstrukturan semula sistem sedia ada bagi memastikan pihak yang terlibat sama ada ditawarkan tender atau menawarkannya adalah pihak yang sah mengikut peraturan dan undang-undang. | MD

COMMENTS