Gempar !!! MIC tidak akan beri sokong pada PAS lagi, tegas S Vigneswaran

Gempar !!! MIC tidak akan beri sokong pada PAS lagi, tegas S Vigneswaran

Presiden MIC S Vigneswaran menyifatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemimpin yang tidak ada pengalaman mahupun kebolehan “beramah mesra” dengan kaum lain.

Beliau memberi amaran bahawa MIC tidak akan memberi sokongan kepada Sanusi dengan sewenang-wenangnya, hanya kerana kepentingan politik.

“Modus operandi kita (MIC) sudah bertukar. Bermakna kita lebih rela hidup bermaruah daripada hidup (mementingkan) kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada FMT.

Tindakan Sanusi mengambil keputusan-keputusan yang membelakangkan nilai toleransi kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara ini akan “memberi kesan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti,” kata Vigneswaran.

Beliau berkata MIC sukar bekerjasama dengan PAS di Kedah kerana Sanusi dilihat tidak mengambil berat isu kepentingan masyarakat India di negeri itu.

“Kita tak ada masalah peribadi dengan MB Kedah. Tetapi cara dia menjalankan tugas menunjukkan dia tidak ada pengalaman dan (kebolehan) beramah mesra dengan kaum lain,” kata beliau.

Vigneswaran berkata banyak pemimpin NGO telah menggesa Sanusi untuk menarik balik keputusan membatalkan cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam pada 28 Jan ini.

“Tetapi beliau enggan berbuat demikian. Keputusan menteri besar Kedah membatalkan cuti peristiwa adalah tidak munasabah,” katanya.

Vigneswaran diminta mengulas hubungan MIC dan PAS sebagai rakan sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat susulan perbalahaan parti itu dengan Sanusi.

Beliau tidak menghuraikan perkara itu namun menegaskan di di Kedah, MIC semakin sukar meneruskan kerjasama dengan Sanusi kerana MB itu kerap mengambil keputusan membelakangkan kepentingan masyarakat India.

Vigneswaran berkata selama ini, MIC memberikan kerjasama kepada Sanusi untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat majmuk di negeri itu, tetapi kini tertekan untuk meneruskan hubungan sebegitu.

“(Apabila) … sesuatu masalah timbul, …(MIC) setuju bekerjasama dengan PAS demi menjaga hubungan (penganut pelbagai) agama,” katanya kepada FMT.

“Tetapi selepas isu kuil dan sebagainya, agak sukar (kami) nak terangkan kepada akar umbi (MIC),” mengenai tindakan yang diambil oleh Sanusi, kata Vigneswaran.

Perbalahan terbaru antara MIC dan Sanusi tercetus selepas menteri besar itu membatalkan cuti peristiwa untuk Thaipusam.

Keputusan berkenaan diambil kerana sambutan utama perayaan itu dibatalkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) di seluruh negara untuk mengekang wabak Covid-19.

Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, sebelum ini menuduh Sanusi sebagai angkuh dan jahil kerana bertindak demikian, tanpa mengambil kira hakikat ramai penganut Hindu masih menyambut Thaipusam di rumah.

Sanusi mempertahankan keputusan itu atas faktor mengutamakan kesihatan awam dan menuduh MIC mengikut “tarian perkauman DAP” untuk meraih sokongan murahan pengundi India.

Tahun lalu, Sanusi dan pemimpin utama MIC terbabit dalam satu lagi episod perang mulut susulan perobohan sebuah rumah ibadat Hindu.

Ketika itu, Sanusi mempertahankan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kerana ia dibina tanpa kelulusan dan pihak kuil tidak mengendahkan notis yang dikeluarkan.

Tindakan itu bagaimanapun di selar oleh Vigneswaran dan pemimpin kanan lain, yang menuduh Sanusi menindas kepentingan penganut Hindu untuk menjadi popular di kalangan pengundi Melayu.

Sumber : FMT

COMMENTS