GEMPAR | Ketua Polis mati dibunuh kartel dadah

GEMPAR | Ketua Polis mati dibunuh kartel dadah

Seorang ketua polis yang baru dilantik beberapa jam maut selepas ditembak oleh geng kartel dadah semasa mangsa sedang melakukan rondaan.

Lapor Daily Mail, Juan Miguel Silva Alvarado ditembak di bahagian kepala beberapa kali oleh kartel Sinaloa.

Mangsa ditemukan terbaring di tepi jalan berhampiran Pejabat Pendakwa Negeri Sinolia di Culiacan.

Penyerang dipercayai mengambil senjata polis tersebut sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Alvarado dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Keselamatan Awam Perbandaran beberapa jam sebelum dibunuh.

Gabenor Sinaloa, Rubén Rocha Moya, menzahirkan simpati dengan kematian Alvarado.

Kartel di Sinaloa ditubuhkan pada akhir 80-an, dan kumpulan itu dipercayai merupakan pembekal utama heroin, kokain dan fentanyl ke Amerika Syarikat.

GEMPAR | Ketua Polis mati dibunuh kartel dadah