Gempar !!! Isu Daging Kartel : Syarikat Raihanah Cold Storage difitnah ?

KENAPA KARTEL DAGING MASIH TIDAK DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ??
Punya lah kita beriya nak tau siapa kartel yang kena tangkap dalam isu daging haram ni, tiba-tiba orang yang ditangkap orang lain pula. Dah kenapa pulak orang yang kena hadap mahkamah hari ni adalah orang yang berbeza dengan serbuan awal-awal tempoh hari??
Raihanah Cold Storage ni lokasi gudang dia di Taman Perniagaan Setia, Dato Onn, Johor, tapi itu hari kilang yang kena serbu oleh Dato Tosrin Jarvanthi dan pihak berkuasa tu lokasinya di Taman Perindustrian Idaman, Senai. Siap dalam gambar laporan media masa serbuan jelas nama syarikat ada tunjuk dan lokasi alamat memang di Senai.
Ni dah kenapa yang kena saman dan dihadapkan di mahkamah hari ni orang lain pulak?? Siap nama owner dan nama syarikat pun lain terus. Alasan penghakiman pun dah jauh berbeza. Nama syarikat masa dalam serbuan namanya Dairy Fruit Trader, bukan Raihanah Cold Storage.
Awal-awal kes dulu katanya ada serbuan dibuat oleh pihak berkuasa di Senai sebab disyaki kartel seludup daging ni campur adukkan daging haram kemudian repacking guna packaging berlogo halal. Kemudian keluar isu kata dah 40 tahun kartel ni seludup senyap-senyap. Kemudian viral isu daging kangaroo dan kuda dicampur dengan daging lembu dan kerbau. Kemudian keluar isu beberapa jenama viral yang turut sama ada dalam gudang kartel.
Tiba-tiba sekarang semua dah jadi halal balik. Tiba-tiba kata tak ada daging kangaroo dan kuda. Tiba-riba kata yang dipasaran dah sah halal. Tiba-tiba kata tak wujud pun tuduhan 40 tahun sebab syarikat baru wujud 2014. Kita rakyat disuruh pulak untuk yakini halal mereka. Yang dihadapkan ke mahkamah pula orang lain yang tak sama langsung dari syarikat yang awalnya diserbu di Senai dahulu.
Kalau korang nak tahu, syarikat Raihanah Cold Storage ni dah naik nama dia sejak bulan November lepas lagi sebelum timbul dakwaan 40 tahun dan dakwaan kangaroo kuda tu. Ada pihak yang telah fitnah kata dialah syarikat yang seludup daging tersebut. Tapi, pada 2 Disember lalu, owner syarikat Raihanah ni pernah buat satu laporan polis berhubung viral di whatsapp bahawa syarikatnya dikaitkan dengan kartel daging seludup. Owner syarikat buat laporan polis dan nafikan keterlibatannya.
Pada 1 Disember iaitu sehari sebelum owner buat laporan polis, pihak berkuasa dah pun datang ke syarikatnya dan siasat dakwaan viral tersebut. Pihak berkuasa menafikan syarikat tersebut terlibat dengan kes kartel daging seludup ini.
Walaubagaimanapun, pada 24 atau 25 Disember lalu, sekali lagi nama syarikat Raihanah ini diviralkan oleh blogger Zaharin a.k.a Sang Kelembai mengaitkan nama syarikat ini kepada kartel daging tersebut. Pada hari yang sama owner sekali lagi buat laporan polis menyatakan dirinya difitnah oleh Zaharin dan saya tidak tahu apa tindakan susulan oleh pihak polis setelah itu.
Selang beberapa hari, tiba-tiba hari ini (30 Disember 2020) naik kes menyatakan syarikat Raihanah tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa. Tarikh dia kena tuduh melakukan perkara tersebut pula adalah 1 Disember 2020. Sedangkan dalam laporan polis bertulis tarikh tersebut pihak berkuasa telah menafikan syarikat Raihanah ni terlibat dengan penyeludupan dan pembungkusan semula dengan logo halal.
Sekarang naik sabitan baru adalah dia guna logo halal tanpa kebenaran di lori Isuzu dia pula. Kiranya kat lori Raihanah ni ada cop logo halal dan dia letak logo tu tanpa kebenaran pihak berkuasa. So itu lah kesalahan syarikat Raihanah sekarang ini.
Persoalan besar kat sini, setelah sekian lama viral isu kartel daging ni, apa pasal yang kena heret pergi mahkamah adalah pihak lain??? Apa pasal sabitan kes dah berubah??? Yang bersalah sebab tampal logo halal kat lori Isuzu dia?? Apa pasal owner syarikat kilang repacking daging yang kat Senai tu tak kena heret sama?? Logikkah sepasang suami isteri yang baru berusia lingkungan awal 40an ini menjadi kepala kartel penyeludupan selama ini???
Apa kabel dia pakai kat belakang kalau mereka berdua ini lah kepala kartel daging tersebut??? Mengapa tak charge dia atas tuduhan penyeludupan dan pembungkusan semula, sebaliknya hanya cas dia atas tuduhan memakai logo Halal di kenderaan Isuzunya?? Benarkah mereka berdua ini kepala kaetel teesebut atau sebenarnya mereka berdua ini hanyalah kambing hitam untuk menutup isu kartel daging yang sebenar???
Pihak berkuasa sedang melindungi kartel kah sekarang ini??????….
Pihak berkuasa sila jawab….! masyarakat mahu tahu!
Berita penuh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3746350822051851&id=100000309090368