GEMPAR | Angka kematian Covid-19 lepasi 14,000

GEMPAR | Angka kematian Covid-19 lepasi 14,000

Angka kematian Covid-19 negara kini melepasi 14,000 dengan 14,168 kes dilaporkan hari ini iaitu pertambahan sebanyak 232 kes kematian baharu melibatkan 201 warganegara dan 31 warga asing.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 144 lelaki dan 88 wanita manakala, 43 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) serta 189 kes dengan sejarah penyakit.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus meningkat kepada 262,255 kes termasuk 1,026 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 496 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, sebanyak 16,368 kes (82.6 peratus) tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Beliau berkata, sebanyak 343 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 19,464 kes (98.3 peratus) lagi daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

Menurutnya, 94.2 peratus atau 98 daripada 104 kes kategori lima tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala bagi kategori empat, 61 daripada 68 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 171 kes kategori tiga dengan 153 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 9,624 kes kategori dua dengan 8,000 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 9,840 kes kategori satu dengan 8,056 daripadanya tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Katanya, terdapat 24 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 12 kluster tempat kerja dengan 301 kes serta 11 kluster komuniti yang merekodkan sebanyak 334 kes. -K! ONLINE