Gara-gara tak dapat duit beli dadah, lelaki bertindak luar jangka

Gara-gara tak dapat duit beli dadah, lelaki bertindak luar jangka

Gara-gara tak dapat duit beli dadah, lelaki bertindak luar jangka.

Sebelum ini, pelaku turut pernah membakar rumah namun ianya berjaya dicegah.

Kejadian berlaku di 2 Ulu Palembang, tepatnya di Lorong Syailendra RT 03, telah menghanguskan rumah seorang penduduk pada tengah malam Isnin.

Kebakaran berpunca daripada penghuni rumah yang sengaja membakarnya dan bukannya dari litar pintas elektrik atau dari dapur.

Gara-gara tak dapat duit beli dadah, lelaki bertindak luar jangka

Gambar sekadar hiasan

Punca kebakaran itu didedahkan oleh Zainal,57, salah seorang penduduk yang merupakan jiran rumah itu.

Katanya, kejadian bermula apabila penghuni rumah bernama Reza, 25, berang kerana didakwa kecewa dengan ibu bapanya.

“Yang tinggal di sini adalah sebuah keluarga. Kejadian malam tadi, Reza berang dan mengugut untuk membakar rumah.

“Dia marah kepada ibu bapanya kerana tidak memberikan wang untuk membeli dadah jenis methamphetamine,” kata Zainal ketika ditemui di lokasi pada Selasa.

Kebakaran bermula dari bawah rumah dan asap naik berkepulan lalu mengejutkan penduduk setempat.

Penduduk panik dan cuba memadamkan kebakaran sementara menunggu anggota bomba tiba.

Api berjaya dipadamkan sekitar jam 1:00 pada awal pagi.

Tambah Zainal, sebelum ini kejadian amuk Reza pernah berlaku dan pelakunya turut digelar penagih dadah.

“Ia pernah berlaku sebelum ini tetapi kami berjaya menghalangnya daripada membakar rumahnya sendiri,” katanya.

Reza ditahan oleh Polis Sektor Seberang Ulu I selepas kejadian kebakaran itu.

Malah, penduduk juga sudah kecewa dengan kelakuannya.

Sementara itu, adik Reza, Rafli, membantu memadam kebakaran bersama penduduk.

“Ya, kami dapat menahannya dahulu sehingga polis datang kemudian membawanya ke balai.

“Adiknya turut berada dalam kejadian itu dan membantu memadamkan api,” kata Zainal.