Gara-gara nak untung 3%’ dalam 3minit, jurujual rugi lebih RM380,000

Gara-gara nak untung 3%’ dalam 3minit, jurujual rugi lebih RM380,000

Gara-gara  nak untung 3%’ dalam 3minit, jurujual rugi lebih RM380,000.

Gara-gara terpedaya dengan keuntungan 3% dalam tempoh tiga minit yang ditawarkan syarikat pelaburan mata wang asing, seorang jurujual wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM382,517.

Gara-gara nak untung 3%’ dalam 3minit, jurujual rugi lebih RM380,000

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa berusia 36 tahun itu melayari satu laman web luar negara pada 29 Mac lalu dan diberi penerangan mengenai syarikat pelaburan yang mendakwa mengusahakan produk pertanian hijau, industri kesihatan hijau dan tenaga hijau.

“Pengadu diterangkan berkenaan pakej ‘Gold Card’ yang memerlukan modal berjumlah USD150,000 (RM638,314.10) dan dijanjikan keuntungan 3% daripada jumlah pelaburan yang dibuat dalam tempoh tiga minit.

“Tertarik dengan tawaran tersebut, pengadu kemudiannya membuat pelaburan dan diberikan nama pengguna serta kata laluan untuk mengakses rangkaian pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, selepas mendengar penerangan itu, mangsa membuat 27 transaksi berjumlah RM382,517 ke enam akaun berbeza bagi tujuan pelaburan itu bermula 29 Mac hingga 18 April lalu.

Katanya, pengadu berasa tertipu kerana tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan yang dijanjikan dan masih diminta membuat transaksi tambahan pelaburan sebelum membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pelaburan tidak sah serta menghubungi polis untuk sebarang maklumat jenayah atau aktiviti mencurigakan.