Gara-gara kunci bilik ditukar, lelaki mengamuk, tumbuk pengutip sewa

Gara-gara kunci bilik ditukar, lelaki mengamuk, tumbuk pengutip sewa

Gara-gara kunci bilik ditukar, lelaki mengamuk, tumbuk pengutip sewa. Angkara marah gara-gara kunci bilik ditukar kerana gagal membayar sewa bulanan menjadi punca seorang individu lain dipukul di Jalan Pandan Indah.

Gara-gara kunci bilik ditukar, lelaki mengamuk, tumbuk pengutip sewa

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun menerima panggilan daripada kerani memaklumkan suspek datang ke pejabat dalam keadaan marah.

Menurutnya, mangsa kemudian datang dan ingin berbincang namun suspek terus memarahi serta menumbuk mukanya.

“Mangsa mengalami kecederaan di pipi kiri dan luka di bawah mata serta bengkak jari. Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Punca kejadian kerana mangsa menukar kunci mangga bilik sewa suspek disebabkan tidak membayar sewa bulanan bilik sebanyak RM600,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pasukan polis berjaya menahan suspek di Pandan Indah pada pukul 9.45 pagi keesokan harinya.

“Suspek berusia 37 tahun merupakan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini dan didapati negatif dadah serta tiada rekod jenayah.

“Suspek direman tiga hari dan akan dituduh di Mahkamah Ampang esok mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah,” katanya.

 

Turut baca