Gara-gara hayun kapak ke arah pegawai JPJ, pemandu lori direman 3 hari

Gara-gara hayun kapak ke arah pegawai JPJ, pemandu lori direman 3 hari. Seorang pemandu lori balak direman tiga hari kerana menghayunkan kapak ke arah dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Kurung Hitam, Padang Terap, Kedah.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Mulkiaman Manzar berkata, suspek berusia 50-an itu yang ditahan semalam, direman mulai hari ini hingga 6 Mac.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah kapak dipercayai digunakan dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Dalam kejadian 10.50 pagi semalam, pemandu lori balak itu dikatakan tidak berpuas hati dan enggan bekerjasama, sebelum menghayunkan kapak ke arah pegawai JPJ yang sedang melakukan pemeriksaan sambil menunjukkan dua saman diterimanya Januari lalu.
Turut baca
- Gadis ‘meraung sekuat hati’ dapat tahu kekasih kahwin dengan wanita lain
- Panas!!! MP desak kerajaan ‘dedah’ 35 pemegang AP import ayam
- Kes positif di MRSM Batu Pahat, ibu bapa kritik penganjuran Karnival Keluarga Malaysia
- Seram tengok!!! Rela pertaruh nyawa demi ibu tercinta, gadis sanggup ambil risiko meniti atas jambatan runtuh