Gara-gara gagal kawal perasaan, lelaki tikam isteri sebelum terjun tingkat 12

Gara-gara gagal kawal perasaan, lelaki tikam isteri sebelum terjun tingkat 12

Gara-gara gagal kawal perasaan, lelaki tikam isteri sebelum terjun tingkat 12. Gara-gara gagal mengawal perasaan, seorang lelaki bertindak menikam isterinya sebelum nekad terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini hari ini.

Gara-gara gagal kawal perasaan, lelaki tikam isteri sebelum terjun tingkat 12

Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu disedari orang awam yang menemui lelaki berusia 54 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tingkat bawah pangsapuri itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, kejadian perselisihan faham antara pasangan itu terbongkar kira-kira lima jam selepas penemuan itu apabila seorang wanita warga emas memaklumkan tiada respon daripada anak perempuannya yang merupakan isteri kepada lelaki yang terjatuh tersebut.

Beliau berkata, polis kemudiannya bergegas ke rumah mangsa di tingkat 12 sebelum mendapati wanita berusia 46 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah di atas katil di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan ke atas mayat mendapati ada dua kesan tikaman pada leher dan paha mangsa selain penemuan pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

“Hasil siasatan kita tidak menolak kemungkinan suspek menikam isterinya sebelum bertindak terjun,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Saravanan, punca kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara pasangan yang merupakan pekerja kilang tersebut.

“Pasangan ini mempunyai anak berusia 18 tahun dan ketika kejadian hanya mereka berdua di rumah kerana anak mereka berada di rumah neneknya di Air Itam,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE