Gagal selamatkan diri, warga emas rentung dalam kebakaran

Gagal selamatkan diri, warga emas rentung dalam kebakaran

Gagal selamatkan diri, warga emas rentung dalam kebakaran.

Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun ditemukan rentung berhampiran pintu di bahagian belakang sebuah rumah dalam satu kebakaran di Jalan Sukun, Kampung Kanchong Darat di sini, semalam.

Gagal selamatkan diri, warga emas rentung dalam kebakaran

Gambar sekadar hiasan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, berdasarkan keadaan mayat mangsa ketika ditemukan, pihaknya percaya dia cuba untuk menyelamatkan diri.

“Bomba tiba di lokasi jam 8.34 malam sebaik menerima panggilan pada 8.17 malam dan mendapati sebuah rumah kelas C (rumah papan) terbakar 80 peratus.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran pada 8.43 malam, bagaimanapun kita menerima maklumat dari isteri pemilik rumah, suaminya berada di rumah sejak petang semalam.

“Selepas membuat pencarian, bomba menemukan satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah iaitu berhampiran pintu untuk keluar,” katanya.

Hafisham berkata, menurut isteri mangsa, rumah berkenaan adalah rumah persinggahan mereka.

“Rumah berkenaan rumah singgah untuk berkebun sahaja. Suaminya memaklumkan mahu berehat sekejap sebelum pulang ke rumah,” katanya.