Gadis ‘meraung sekuat hati’ dapat tahu kekasih kahwin dengan wanita lain

Gadis ‘meraung sekuat hati’ dapat tahu kekasih kahwin dengan wanita lain. Setiap pasangan kekasih pasti menginginkan agar hubungan yang terbina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Paling peting dalam hubungan itu perlu ada kejujuran dan tidak mempergunakan pasangan sahaja.
Walau bagaimanapun, ada sahaja individu yang suka mempermainkan perasaan orang lain sedangkan mereka itu ikhlas mencintainya.
Itulah yang dilalui seorang gadis seperti dikongsikan guna TikTok apabila memuat naik video rakannya menangis dipercayai kecewa dengan perbuatan kekasih hati.
Dalam video tersebut, dapat dilihat gadis berkenaan menangis dan meraung berulang kali akibat tidak percaya selepas mengetahui kekasih hatinya telah berkahwin dengan wanita lain.
Malah, rakaman tersebut juga memaparkan gadis berkenaan berulang kali melihat telefon bimbitnya bagi memastikan perkara yang baru sahaja diterimanya itu.
rata-rata warganet seakan dapat memahami kesakitan yang dirasai oleh gadis berkenaan. Malah, mereka turut memberikan kata-kata semangat buatnya agar bangkit kembali.
Turut baca
- Seram tengok!!! Rela pertaruh nyawa demi ibu tercinta, gadis sanggup ambil risiko meniti atas jambatan runtuh
- {VIDEO} Bangga cakap tak pernah positif Covid walau tak vaksin, wanita teruk dihentam netizen